Wednesday, November 30, 2016

Johor Premium Outlets 5th Anniversary Sale

Johor Premium Outlets 5th Anniversary Sale !!!




Sempena sambutan Johor Premium Outlet kali kelima, bermula 1 Desember 2016 sehingga 4 Desember 2016 berlangsungnya jualan murah dengan potongan harga sehingga 90% dari lebih 40 jenama terkemuka. Jangan lepaskan peluang!






Johor Premium Outlets 5th Anniversary Sale

Masih mencari homestay di JB / Nusajaya? 

Kami menyediakan perkhidmatan homestay dengan harga yang berpatutan, bersih & lengkap dengan kemudahan.




Wednesday, November 23, 2016

tempat menarik yg wajib dilawati di Johor Bahru

Johor Darul Takzim mempunyai banyak tempat yang menarik seperti taman tema, tempat shopping menarik, tempat makan menarik & banyak lagi. Semoga maklumat dibawah bermanfaat sebagai panduan sekiranya anda bercuti di Johor terutamanya di sekitar Johor Bahru & Nusajaya. 

LEGOLAND MALAYSIA 


                                                                (sumber Google)

Sebuah taman tema yang popular dan terletak di Nusajaya. Taman tema Legoland ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:


  •  Dry park - menempatkan semua roller coaster 
  • Wet park -  taman tema air


Waktu operasi taman tema Legoland adalah dari pukul 10.00 a.m. sehingga 6.00 p.m. Jika hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, dry park akan ditutup pukul 8.00 p.m. tetapi wet park ditutup pada pukul 6.00 p.m.
 PUTERI HARBOUR THEME PARK
Terletak di Nusajaya dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. 
LITTLE BIG CLUB
( Sumber Google)


The Little Big Club adalah taman tema yang merangkumi dua tingkat dan dipenuhi dengan karakter kesukaan kanak-kanak seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Di sini disediakan pelbagai permainan interaktif dan menarik seperti  membina rumah di Bobsville melalui pemasangan pintu & dapur seakan karakter Bob the Builder. Pengunjung juga dapat merasai menari pelbagai tarian yang menyeronokkan bersama Angelina Ballerina dan persembahan pentas secara langsung. Terdapat pelbagai jenis tunggangan & kawasan permainan yang menarik.


HELLO KITTY TOWN

(sumber Google)

Hello Kitty Town Malaysia terletak di Puteri Harbour dan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Tea Cup’s Ride, Hello Kitty House, Wishful Studio, Friendship Land, Black Wonder dan Persembahan daripada Hello Kitty. 



JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)


                                                            (sumber Google)

JPO terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Hubu­ngan Kedua dan menjadi destinasi tumpuan bagi pengunjung yang ingin membelah belah. Pusat membeli-belah ini memenawarkan koleksi  lebih 80 kedai jenama pereka terkemuka di dalam persekitaran yang unik dan selesa. 

Antara koleksi jenama terkemuka  termasuklah Adidas, Armani, Brooks Brothers, Burberry, Canali, ck Calvin Klein, Coach, DKNY, Esprit, Fossil, Gap, Geox, Guess, Lacoste, Levi’s, Micheal Kors, Nike, Oroton, Royal Selangor, Salvatore Ferragamo, Swiss Watch Gallery, Timberland, Tommy Hilfiger, Tumi, Victoria’s Secret, Aigner, Cotton On Kids, Columbia, Furla, Hush Puppies, Sembonia, Spring­fiels, Stride Rite, World of Outdoors dan banyak lagi. 

Johor Premium Outlets ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman serta kemudahan lain termasuk pusat maklumat, mesin ATM, khidmat sewa kereta bayi dan kerusi roda untuk kemudahan pengunjung.

DANGA BAY
(sumber Google)

Danga Bay terletak di tepi pantai yang dahulunya adalah Pantai Lido dan telah dibangunkan untuk menjadi tempat rekreasi. Di pesisir pantai Danga Bay ada beberapa buah kapal layar mewah dan ‘cruise ship’ yang menyediakan perknidmatan membawa penumpang di sepanjang Selat Tebrau. Di sini terdapat juga  perkhidmatan basikal dengan kadar sewa yang berpatutan. Lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik dan anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. 

Danga Bay sangat sesuai dilawati pada waktu malam. Pada masa inilah Danya Bay menjadi ‘hidup’ kerana semua lampu-lampu dan tempat menarik lain di buka. Ada juga taman tema kecil yang menempatkan beberapa permainan kecil seperti ‘Merry Go Round’ dan keretapi. 

COUNTRY GARDEN

                                                                (sumber Google)

Country Garden terletak berhampiran dengan Danga Bay dan hanya 5 minit dari pusat bandar. Terdapat kawasan perumahan mewah yang masih dalam pembinaan tetapi kawasan rekreasi di tepi pantai sudah dibuka kepada pengunjung. Di Country Garden, ditanam pelbagai jenis tumbuhan menjadikan ia tempat bersantai yang menarik dan menenangkan. Terdapat juga kawasan pantai yang dilengkapi unit gazebo. 


PUTERI HARBOUR MARINA 

(sumber Google)

Merupakan sebuah waterfront yang moden dan terdapat pelabuhan yang menempatkan pelbagai kapal layar. Sesuai untuk bersantai sambil menikmati panorama yang menarik. Di sini merupakan lokasi pilihan untuk pelbagai aktiviti seperti Iskarnival, Tempatan Fest Tour Raya dan lain-lain lagi. Puteri Harbour terletak 5 minit perjalanan dari Legoland Malaysia. 


 ISTANA BUKIT SERENE 

(sumber Google)

Merupakan istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat oleh Johor Military Force. Ia terletak di antara Jalan Kolam Air dan Jalan Strait Views. Anda boleh melihat istana ini dari waterfront Danga Bay. Walaupun ia tidak dibuka kepada umum, tetapi sering menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar di hadapan istana. 

MASJID SULTAN ABU BAKAR

( sumber Google)

Ia terletak di antara Jalan Abu BakarJalan Masjid Abu Bakar dan Jalan Gertak Merah. Ia terletak di atas sebuah bukit yang menghadap Selat Johor. Masjid ini berusia lebih satu dekad  dan mempunyai senibina bercirikan masjid dari Mesir. Sesuai untuk mereka yang sukakan seni dan sejarah di Johor. 


ZOO JOHOR
(sumber Google)

Zoo ini terletak berhampiran Masjid Sultan Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia. Terdapat lebih 100 spesies haiwan dalam dan luar negara. 


TAMAN REKREASI HUTAN BANDAR

(sumber Google)

Terletak di Ulu Ayer Molek (terletak 1.5km ke timur selatan dari Larkin Sentral dan juga terletak kira-kira 3km dari Bangunan Sultan Iskandar). Disini terdapat kolam renang bagi kanak-kanak dan tujuh buah tasik yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Juga terdapat taman permainan, pondok berehat, medan selera, tasik dan sebagainya

HOMESTAY?


kami menyediakan perkhidmatan homestay 3 bilik dengan kadar yang berpatutan dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap. Homestay kami terletak di Taman Nusantara, Nusajaya/Gelang Patah. 



Monday, November 7, 2016

ISKARNIVAL SAMA-SAMA

Sempena meraikan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia, pihak pengurusan telah menganjurkan beberapa karnival antaranya KREATIF & NARATIF dan SAMA-SAMA. 

Ada apa dengan karnival Sama-Sama?

Iskarnival Sama-Sama mentengahkan seni dan budaya daripada 620 bakat-bakat . Ada pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti persembahan, bazaar, bengkel, dan citra awam. Dengan persembahan daripada Elizabeth Tan & Gerhana Skacinta akan lebih memeriahkan lagi karnival. 

Masuk adalah percuma & disediakan bas percuma dari Larkin!


Ini antara aktviti yang dijalankan. 

  • Opportunity Fair ( Career Booths, Education Booths, Low Cost Housing)
  • Gigs (33 acts)
  • Performance
  • Comedy
  • Poetry
  • Film Screening
  • Talks
  • Bazaars
  • Workshops
  • Public Art

Jemput bersama-sama memeriahkan Iskarnival sama-sama!

maklumat penuh Iskarnival Sama-Sama

Thursday, November 3, 2016

Kenapa Memilih Anpesona Homestay?

Kenapa memilih Anpesona Homestay jika anda ke gelang patah/nusajaya /legoland?
1. Bersih & Selesa
2. 3 bilik tidur (1 queen's bed & 2 single bed) & 2 bilik air
3. 3 tilam single extra, 7 bantal extra & 1 toto.
4. TV beserta Astro full channel (Sports,HBO,cinemax, FOX movies, Box office, cartoon, warna, HD channel, discovery & ect).  
5. Peralatan memasak yg lengkap ( pinggan mangkuk, peti ais, kuali, periuk, periuk nasi, microwave, blander, pemanas air, dapur gas, lesung batu, jag & etc)
6. Mesin basuh auto 9.5 kg.
7. 1 seterika/ seterika board, 6 selimut & 6 tuala.
8. Aircond setiap bilik
9. Sabun basuh pinggan & shower cream. 
10. 3 sejadah & 1 telekung ( beragama islam)
11. Ampai baju di garaj & belakang rumah.
12. Garaj kereta boleh memuatkan 2 kereta bersaiz sederhana. 
13. Berdekatan dengan deretan kedai makan & kedai runcit.