Thursday, December 29, 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR

Bila anda datang  ke Johor, tidak lengkap sekiranya anda tidak mencuba makanan sedap dan best di Johor. Disini saya kongsikan beberapa makanan wajib yang mesti anda cuba sekiranya ke Johor. Memang rugi besar tau jika tak mencubanya!

MEE REBUS HAJI WAHID

Ada beberapa pilihan Mee Rebus di Johor tapi yang paling popular ialah Mee rebus haji Wahid. Mee Rebus haji Wahid mempunyai banyak cawangan dan telah beroperasi selama 20 tahun. Popularity Mee Rebus Haji Wahid ini bukan asing lagi di kalangan warga Johor, pernah masuk tv dan surat khabar juga. Jika anda ingin mencubanya, boleh pergi ke Food Court Plaza Angsana, Larkin Market Food Court,  Taman Rinting berdekatan Mydin, kampung Melayu dan disebelah masjid kolam air.




KACANG POOL HAJI

Seperti Mee Rebus Haji Wahid, Kacang Pool Haji turut mempunyai banyak cawangan dan popularity yang tidak asing lagi bagi warga JB. Kacang Pool Haji hanya terdapat di Jb dan Batu Pahat sahaja. Memang sedap & murah. Jika anda ingin mencubanya, boleh pergi ke Medan Selera MARA( sebelah stesen bomba) dan Plaza Larkin.



RESTORAN SUP TULANG ZZ

Restoran ini merupakan restoran kegemaran saya apabila ke JB dan menu saya semestinya sup tulang. Sekali makan mesti nak lagi! Restoran Sup Tulang ZZ ini cukup sinonim dengan kelazatan sup tulang gearbox dan mee rebus  . Bagi yang tidak gemarkan sup tulang dan mee rebus, terdapat menu lain yang tidak kurang hebatnya antaranya ialah nasi ayam penyet, nasi ayam dan lain-lain lagi. Restoran ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Jalan Mahmoodiah berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah dan Taman Setia Tropika. 




NASI BRIYANI GAM

Terdapat bnyak pilihan restoran briyani di Jb. Antara yang popular ialah Abah Briyani House , Roslin Briyani House dan Pondok MS Briyani. Terdapat pelbagai hidangan lauk yang boleh dimakan dengan nasi briyani antaranya ialah gulai kambing, ayam masak merah, ayam goreng dan lain-lain lagi. selain itu, terdapat juga acar buah dan nenas yang menyelerakan. 

Abah Briyani House terletak di Jalan Padi Emas 6/1 Bandar Baru Uda, Pondok MS Briyani terletak di Jalan Padi Emas 2 Bandar Baru Uda dan Roslin Briyani House terletak di Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam. 










Selain tempat makan  best yang saya senaraikan di atas, terdapat beberapa hidangan yang tidak kurang hebatnya iaitu ABC special kampung Melayu, Chicken Chop Hutan Bandar (murah & banyak), pelbagai hidangan seafood dari Anjung Senibong Seafood dan Banafee Village yang sinonim dengan kelazatan nasi ayam penyet dan nasi ambeng. 

Masih mencari homestay di kawasan JB/Nusajaya? 

Kami menyediakan Homestay yang BERSIH & LENGKAP. 







Sunday, December 18, 2016

Mari.menginap di anpesona homestay legoland johor

Rumah teres 2 tingkat mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air berhampiran dengan :

- 15 minit ke tanjung pelepas port.
- 12 minit ke legoland,kota iskandar,puteri harbour
- 20 minit ke danga bay
- 30 minit ke bandar johor bahru.
- 5 minit ke SILC
- 5 minit ke ulu pulai.
- 15 minit ke checkpoint tuas Singapore melalui 2nd LINK





Monday, December 12, 2016

Tarikan Baru Yang Menarik di Puteri Harbour

Bamboo Arts Konstruk Puteri Harbour merupakan tarikan terbaru/menarik di Puteri Harbour yang tidak boleh anda tinggal sekiranya ke Nusajaya. Hasil seni ini dihasilkan oleh arkitek dan artis dari Malaysia, Indonesia, Cambodia, Singapura, Thailand & Filipina. Serius cantik dan berseni. Jika anda datang ke Puteri Harbour, jangan lupa ambil gambar di sini ye!


















 ( Sumber Visit Johor FB)


Masih tercari-cari homestay untuk menginap di sekitar Nusajaya, Legoland @ JB?



Wednesday, December 7, 2016

Pusat Membeli-belah Berhampiran Homestay

Anpesona Homestay terletak di no.9 Jalan Nusaria 6/4 Taman Nusantara Gelang Patah dan terletak di lokasi yang strategik. Homestay ini berdekatan dengan beberapa kedai runcit/serbaneka dan juga kedai makan/restoran.

Terdapat 4 pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan Anpesona Homestay:









Wednesday, November 30, 2016

Johor Premium Outlets 5th Anniversary Sale

Johor Premium Outlets 5th Anniversary Sale !!!




Sempena sambutan Johor Premium Outlet kali kelima, bermula 1 Desember 2016 sehingga 4 Desember 2016 berlangsungnya jualan murah dengan potongan harga sehingga 90% dari lebih 40 jenama terkemuka. Jangan lepaskan peluang!






Johor Premium Outlets 5th Anniversary Sale

Masih mencari homestay di JB / Nusajaya? 

Kami menyediakan perkhidmatan homestay dengan harga yang berpatutan, bersih & lengkap dengan kemudahan.




Wednesday, November 23, 2016

tempat menarik yg wajib dilawati di Johor Bahru

Johor Darul Takzim mempunyai banyak tempat yang menarik seperti taman tema, tempat shopping menarik, tempat makan menarik & banyak lagi. Semoga maklumat dibawah bermanfaat sebagai panduan sekiranya anda bercuti di Johor terutamanya di sekitar Johor Bahru & Nusajaya. 

LEGOLAND MALAYSIA 


                                                                (sumber Google)

Sebuah taman tema yang popular dan terletak di Nusajaya. Taman tema Legoland ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:


  •  Dry park - menempatkan semua roller coaster 
  • Wet park -  taman tema air


Waktu operasi taman tema Legoland adalah dari pukul 10.00 a.m. sehingga 6.00 p.m. Jika hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, dry park akan ditutup pukul 8.00 p.m. tetapi wet park ditutup pada pukul 6.00 p.m.
 PUTERI HARBOUR THEME PARK
Terletak di Nusajaya dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. 
LITTLE BIG CLUB
( Sumber Google)


The Little Big Club adalah taman tema yang merangkumi dua tingkat dan dipenuhi dengan karakter kesukaan kanak-kanak seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Di sini disediakan pelbagai permainan interaktif dan menarik seperti  membina rumah di Bobsville melalui pemasangan pintu & dapur seakan karakter Bob the Builder. Pengunjung juga dapat merasai menari pelbagai tarian yang menyeronokkan bersama Angelina Ballerina dan persembahan pentas secara langsung. Terdapat pelbagai jenis tunggangan & kawasan permainan yang menarik.


HELLO KITTY TOWN

(sumber Google)

Hello Kitty Town Malaysia terletak di Puteri Harbour dan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Tea Cup’s Ride, Hello Kitty House, Wishful Studio, Friendship Land, Black Wonder dan Persembahan daripada Hello Kitty. 



JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)


                                                            (sumber Google)

JPO terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Hubu­ngan Kedua dan menjadi destinasi tumpuan bagi pengunjung yang ingin membelah belah. Pusat membeli-belah ini memenawarkan koleksi  lebih 80 kedai jenama pereka terkemuka di dalam persekitaran yang unik dan selesa. 

Antara koleksi jenama terkemuka  termasuklah Adidas, Armani, Brooks Brothers, Burberry, Canali, ck Calvin Klein, Coach, DKNY, Esprit, Fossil, Gap, Geox, Guess, Lacoste, Levi’s, Micheal Kors, Nike, Oroton, Royal Selangor, Salvatore Ferragamo, Swiss Watch Gallery, Timberland, Tommy Hilfiger, Tumi, Victoria’s Secret, Aigner, Cotton On Kids, Columbia, Furla, Hush Puppies, Sembonia, Spring­fiels, Stride Rite, World of Outdoors dan banyak lagi. 

Johor Premium Outlets ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman serta kemudahan lain termasuk pusat maklumat, mesin ATM, khidmat sewa kereta bayi dan kerusi roda untuk kemudahan pengunjung.

DANGA BAY
(sumber Google)

Danga Bay terletak di tepi pantai yang dahulunya adalah Pantai Lido dan telah dibangunkan untuk menjadi tempat rekreasi. Di pesisir pantai Danga Bay ada beberapa buah kapal layar mewah dan ‘cruise ship’ yang menyediakan perknidmatan membawa penumpang di sepanjang Selat Tebrau. Di sini terdapat juga  perkhidmatan basikal dengan kadar sewa yang berpatutan. Lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik dan anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. 

Danga Bay sangat sesuai dilawati pada waktu malam. Pada masa inilah Danya Bay menjadi ‘hidup’ kerana semua lampu-lampu dan tempat menarik lain di buka. Ada juga taman tema kecil yang menempatkan beberapa permainan kecil seperti ‘Merry Go Round’ dan keretapi. 

COUNTRY GARDEN

                                                                (sumber Google)

Country Garden terletak berhampiran dengan Danga Bay dan hanya 5 minit dari pusat bandar. Terdapat kawasan perumahan mewah yang masih dalam pembinaan tetapi kawasan rekreasi di tepi pantai sudah dibuka kepada pengunjung. Di Country Garden, ditanam pelbagai jenis tumbuhan menjadikan ia tempat bersantai yang menarik dan menenangkan. Terdapat juga kawasan pantai yang dilengkapi unit gazebo. 


PUTERI HARBOUR MARINA 

(sumber Google)

Merupakan sebuah waterfront yang moden dan terdapat pelabuhan yang menempatkan pelbagai kapal layar. Sesuai untuk bersantai sambil menikmati panorama yang menarik. Di sini merupakan lokasi pilihan untuk pelbagai aktiviti seperti Iskarnival, Tempatan Fest Tour Raya dan lain-lain lagi. Puteri Harbour terletak 5 minit perjalanan dari Legoland Malaysia. 


 ISTANA BUKIT SERENE 

(sumber Google)

Merupakan istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat oleh Johor Military Force. Ia terletak di antara Jalan Kolam Air dan Jalan Strait Views. Anda boleh melihat istana ini dari waterfront Danga Bay. Walaupun ia tidak dibuka kepada umum, tetapi sering menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar di hadapan istana. 

MASJID SULTAN ABU BAKAR

( sumber Google)

Ia terletak di antara Jalan Abu BakarJalan Masjid Abu Bakar dan Jalan Gertak Merah. Ia terletak di atas sebuah bukit yang menghadap Selat Johor. Masjid ini berusia lebih satu dekad  dan mempunyai senibina bercirikan masjid dari Mesir. Sesuai untuk mereka yang sukakan seni dan sejarah di Johor. 


ZOO JOHOR
(sumber Google)

Zoo ini terletak berhampiran Masjid Sultan Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia. Terdapat lebih 100 spesies haiwan dalam dan luar negara. 


TAMAN REKREASI HUTAN BANDAR

(sumber Google)

Terletak di Ulu Ayer Molek (terletak 1.5km ke timur selatan dari Larkin Sentral dan juga terletak kira-kira 3km dari Bangunan Sultan Iskandar). Disini terdapat kolam renang bagi kanak-kanak dan tujuh buah tasik yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Juga terdapat taman permainan, pondok berehat, medan selera, tasik dan sebagainya

HOMESTAY?


kami menyediakan perkhidmatan homestay 3 bilik dengan kadar yang berpatutan dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap. Homestay kami terletak di Taman Nusantara, Nusajaya/Gelang Patah.