Bila anda datang ke Johor, tidak lengkap sekiranya anda tidak mencuba makanan sedap dan best di Johor. Disini saya kongsikan beberapa makanan wajib yang mesti anda cuba sekiranya ke Johor. Memang rugi besar tau jika tak mencubanya!
MEE REBUS HAJI WAHID
Ada beberapa pilihan Mee Rebus di Johor tapi yang paling popular ialah Mee rebus haji Wahid. Mee Rebus haji Wahid mempunyai banyak cawangan dan telah beroperasi selama 20 tahun. Popularity Mee Rebus Haji Wahid ini bukan asing lagi di kalangan warga Johor, pernah masuk tv dan surat khabar juga. Jika anda ingin mencubanya, boleh pergi ke Food Court Plaza Angsana, Larkin Market Food Court, Taman Rinting berdekatan Mydin, kampung Melayu dan disebelah masjid kolam air.
KACANG POOL HAJI
Seperti Mee Rebus Haji Wahid, Kacang Pool Haji turut mempunyai banyak cawangan dan popularity yang tidak asing lagi bagi warga JB. Kacang Pool Haji hanya terdapat di Jb dan Batu Pahat sahaja. Memang sedap & murah. Jika anda ingin mencubanya, boleh pergi ke Medan Selera MARA( sebelah stesen bomba) dan Plaza Larkin.
RESTORAN SUP TULANG ZZ
Restoran ini merupakan restoran kegemaran saya apabila ke JB dan menu saya semestinya sup tulang. Sekali makan mesti nak lagi! Restoran Sup Tulang ZZ ini cukup sinonim dengan kelazatan sup tulang gearbox dan mee rebus . Bagi yang tidak gemarkan sup tulang dan mee rebus, terdapat menu lain yang tidak kurang hebatnya antaranya ialah nasi ayam penyet, nasi ayam dan lain-lain lagi. Restoran ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Jalan Mahmoodiah berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah dan Taman Setia Tropika.
NASI BRIYANI GAM
Terdapat bnyak pilihan restoran briyani di Jb. Antara yang popular ialah Abah Briyani House , Roslin Briyani House dan Pondok MS Briyani. Terdapat pelbagai hidangan lauk yang boleh dimakan dengan nasi briyani antaranya ialah gulai kambing, ayam masak merah, ayam goreng dan lain-lain lagi. selain itu, terdapat juga acar buah dan nenas yang menyelerakan.
Abah Briyani House terletak di Jalan Padi Emas 6/1 Bandar Baru Uda, Pondok MS Briyani terletak di Jalan Padi Emas 2 Bandar Baru Uda dan Roslin Briyani House terletak di Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam.
Selain tempat makan best yang saya senaraikan di atas, terdapat beberapa hidangan yang tidak kurang hebatnya iaitu ABC special kampung Melayu, Chicken Chop Hutan Bandar (murah & banyak), pelbagai hidangan seafood dari Anjung Senibong Seafood dan Banafee Village yang sinonim dengan kelazatan nasi ayam penyet dan nasi ambeng.
Masih mencari homestay di kawasan JB/Nusajaya?
Kami menyediakan Homestay yang BERSIH & LENGKAP.